Thursday, 11 June 2009

~back to ALLAH~

Kaherah 10 Jun, Rabu - Satu nahas jalan raya telah berlaku di kawasan Suez pada hari semalam yang melibatkan 5 orang pelajar Perubatan Universiti Kaherah. Kejadian diberitakan berlaku pada petang semalam ketika pelajar tersebut dalam perjalanan pulang ke Kaherah dari 'Ain Sukhnah, Suez. Pelajar-pelajar yang terbabit adalah Ammar Zulkifli, Fitri Tukiran, Saif Jamaluddin, Abd Rahman Ramdzan dan Akram Abdul Kadir dan masing-masing sedang menuntut di tahun tiga dalam jurusan yang sama.

Pelajar yang maut adalah Ammar Zulkifli berasal dari negeri Pulau Pinang dan dan tiga rakan yang lain, cedera. Pemandu mereka, Saif Jamaludin apabila ditemui, dalam keadaan stabil dan masih dalam keadaan trauma. Dua lagi rakan yang cedera adalah Abdul Rahman Ramdzan, telah sedarkan diri dan seorang lagi, Akram Abdul Kadir, masih belum sedarkan diri.

Kejadian itu difahamkan kereta yang dipandu itu, hilang kawalan dan terbabas seterusnya melanggar tebing jalan. Pelajar yang maut tersebut, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta kehilangan banyak darah dan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital. Setakat ini, mangsa yang cedera masih lagi dirawat di hospital di Kaherah.


dalam kt imtihan,jgn lupe seruan yg lebih utama dan lebih penting..mge2 ALLAH cucuri roh beliau dan mltakn dkalangn para solihin..amiinn..salam imtihan buat sume..:)

p/s:sumber dr blog PRAM..persatuan republik arab melayu

No comments: