
kura-kura..
kisahnya ngan arnab..
bukan 1penipuan..
wpon dongeng certa nye..
byk jg pengajaran nye..
nk tau??(ni pendptku shj)kura-kura..
sifatnye..:
- bergerak perlahan
- lebar badannya
- mempunyai pusat gravity yg rendah..
- pandai mnggunakn kelebihan yg dikurnakn kpd ny(cengkerang)
- pemalu(sering menyorong bile ad musuh hampiri)
- hidup didaray dan air
Kura-kura merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas reptilia. Tubuh kura-kura dilindungi oleh kerangka khas yang terbentuk dari rusuk mereka.
Saiz kura-kura berbeza dari beberapa sentimeter sehingga dua meter. Pada kebiasaannya kura-kura mempunyai tempoh hayat yang panjang dan hidup lama, sesetengah kura-kura diketahui hidup selama melebihi 150 tahun.
Kura-kura pertama telahpun wujud pada era dinosaur, kira-kira 200 juta tahun dahulu. Kura-kura merupakan satu-satunya cabang dari "clade Anapsida" silam, yang termasuk kumpulan seperti procolophonoids, millerettids dan pareiasaurs. Kebanyakan anapsids menjadi pupus pada akhir tempoh Permian, kecuali procolophonoids dan susur-galur testudines (kura-kura).
Kesemua kura-kura, samaada yang masih hidup atau telahpun pupus merupakan dari susunan Chelonia, termasuk super susunan Testudines.
Makanan utama kura-kura adalah tumbuhan yang hidup dalam air seperti kangkung dan sawikura-kura membiak dengan cara bertelur di dalam sarang yang dibinanya.
Terdapat pelbagai jenis kura-kura di Malaysia, antaranya adalah :-
- Kura-kura Besar
- Kura-kura Daun
- Kura-kura Dendang Hitam
- Kura-kura Duri
- Kura-kura Gergasi
- Kura-kura Panjang
- Kura-kura Siput
- Kura-kura Telinga Merah
- Kura-kura Arang
- Kura-kura Kayu
- hidup didarat
- blh berdiri
- bgerak laju/pantas
- comel
- bulu yg lebat
Arnab adalah benda hidup dari alam haiwan filum kordata dalam kelas mamalia dalam order lagomorpha. Arnab adalah haiwan maun yang makanan utamanya adalah tumbuh-tumbuhan. Perbezaan antara arnab dengan tikus adalah arnab mempunyai gigi pemotong kedua (incisors) dibahagian rahang atas. Struktur tengkorak arnab lebih ringan, mempunyai lubang hidung berbentuk liang memanjang, dan ekor yang kontot dan bulat.
Arnab sering diburu oleh haiwan pemangsa atau maging, oleh itu arnab mempunyai kelebihan cepat membiak. Sebagai haiwan mamalia, arnab berdarah panas, membiak dengan melahirkan anak. Arnab menjaga dan menyusukan anak.
Arnab mempunyai telinga yang panjang yang bertindak sebagai penyisih haba, dan juga deria pendengaran yang kuat untuk membantu arnab mengesan musuh. Selain itu, untuk melarikan diri daripada haiwan pemangsa, arnab mampu bergerak laju dengan cara melompat. Arnab boleh di dapati di pelbagai kawasan dan iklim, dari kawasan tundra, suhu sederhana, tropika, dan juga di kawasan gurun.
Antara spesies arnab yang terdapat di dunia ini adalah :-
- Pika Amerika Utara atau nama Inggerisnya "North American Pika" dari keluarga Ochotonidae, nama sainsnya Ochonotona princeps
- Pika Bibir hitam atau nama Inggerisnya "Black-lipped Pika" dari keluarga Ochotonidae, nama sainsnya Ochonotona curzoniae
- Arnab Amami atau nama Inggerisnya "Amami rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Pentalagus furnessi
- Arnab Paya atau nama Inggerisnya "Swamp rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus aquaticus
- Arnab Ekor Kapas Timur atau nama Inggerisnya "Eastern cottontail" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus floridanus
- Arnab Pygmy atau nama Inggerisnya "Pygmy rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus idahoensis
- Arnab Eropah atau nama Inggerisnya "European rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Orytolagus cuniculus
- Arnab Gunung Berapi atau nama Inggerisnya "Volcano rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Romerolagus diazi
- Arnab Perang atau nama Inggerisnya "Brown rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus europaeus
- Arnab Artik atau nama Inggerisnya "Arctic hare" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus arcticus
- Arnab Gunung atau nama Inggerisnya "Mountain hare" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus timidus
- Arnab Jack Ekor Hitam atau nama Inggerisnya "Black-tailed Jackrabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus californicus
- berusaha bersungguh-sungguh..
- xkenal erti putus asa(utk jd org yg bjaya)
- xmudah dipengaruhi
- xmungkin utk dikacau
- punyai matlamat hidup'no pain no gain'
- punyai semngt yg kental
- tabah hadapi kesulitan
- punyai kekuatan sebenar
- smart and hard
- tau kekurangan diri
- cepat 'adapt' ngan sekeliling dan dr sndr
- berfkiran matang
- mggunakn kelebihan yg ad
- bersyukur
- xpena mngaku kalah..
posting yg mngrut,namun..mmg bererti la certa dongeng ini..wpon pengajaran nye xla dongeng..insyaALLAH..waallahualam..tawakal 'ala ALLAH..wasalam
No comments:
Post a Comment