wahh..pepatah melayu yg hebat dan memberi byk makna kpd khidupan man. esp diriku.
assalamualaikum..
entri kali ini mengenai kejayaan ank gadis,22 tahun..dan sbnr nye,bkn sng utk sng dan bkn susah utk susah.
jom kt selami dan contohi beliau,wpon bidang yg beliau ceburi ini bermula dr bwh dan menggunakan kepakaran yg sedia ad pd bapa beliau.ak kagum bangat ngan beliau.
Walaupun berasal daripada sebuah keluarga petani, seorang anak gadis berjaya membuktikan ia bukanlah alasan untuknya tidak berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran.
Lebih menggembirakan, pelajar berusia 22 tahun ini menjadikan bapanya, Degani Mohd. Ali, 48, sebagai guru untuk mempelajari dan mendalami ilmu pertanian sejak kecil sehingga akhirnya layak dianugerahkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan.
Bagi pelajar Institut Skill-Tech itu, Siti Marina Degani, tiada apa yang lebih menggembirakan ayah dan dua adik beradiknya yang lain apabila dia diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan pada majlis konvokesyen institut tersebut di sini hari ini.
Menurut graduan Sijil Penyediaan Ladang itu, dia mula meminati bidang pertanian sejak kecil lagi apabila melihat kejayaan ayahnya membesarkan mereka empat beranak walaupun hanya mengusahakan tanaman kontan seperti cili api, petola dan timun.
"Bermula dari situ, perlahan-lahan saya mula mempelajari selok belok bidang pertanian dari ayah dan dia juga memberi dorongan supaya melanjutkan pelajaran bagi lebih menjamin masa depan.
"Berkat usaha gigih itu, saya kini mengambil alih tugas ayah dengan menubuhkan sebuah syarikat berasingan dengan ayah iaitu Marina Enterprise dan kesemua tanaman diambil pembekal untuk dijual ke pasar-pasar sekitar Segamat, Johor," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis tersebut di sini hari ini.
Siti Marina menambah, setelah empat tahun mengusahakannya tanaman seluas 1.6 hektar itu bersama ayahnya, dia kini mampu meraih pendapatan sekitar RM10,000 sebulan.
"Alhamdulillah, sambutan semakin menggalakkan dan selepas ini saya akan cuba dengan tanaman tembikai pula," katanya.
Bercerita lanjut, gadis berasal dari Kampung Pudu, Batu Anam, Segamat, Johor ini berkata, dia tidak bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma sebaliknya menumpukan perhatian untuk memperluaskan pasaran hasil tanamannya ke luar Johor.
Tambahnya, sebagai pengarah syarikat, dia mahu tumpukan sepenuh terhadap perniagaan terutamanya dari segi strategi pemasaran selain cara mempelbagaikan dan meningkatkan lagi hasil tanaman.
"Biarlah saya menimba pengalaman dalam bidang pertanian ini dari bawah dahulu dan selepas puas nanti, mungkin barulah saya fikirkan untuk melanjutkan pelajaran," katanya.
Selain Siti Marina, turut berkongsi Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Bagi Kategori Lelaki ialah Sanan Jaafar, 29, yang mengikuti kursus Sijil Tanaman Makanan.
ok,sedikit perkongsian diambil dr utusan 29.10.10
$melaka bakal membuat wayang melalui tirai air berhampiran ngan megamall kat dataran pahlawan.21 juta utk onkos.
$ok,ak da homesick,rindu sama famili,ibu abah dan adik2.huhu..harap2 la,bsabar ye:P
$ahad ad test utk patho,camne nk wat ni??xabes study lg.
$thanx utk kakak2,mentor2 sume,best ar tutor mggu lps,insyaALLAH,doa2 utk kami dan semoga kalian jua berjaya di thn4.
$buat kak am,robex,kak dila,nana,kamilah.jgn lupe ye, kamis ni$kpd asiah,dan dr ku,sabar byk2.sbb hidup ni byk ragam,:)
$kpd kak kiki,kak yu,tahniah,for the baby.comel la.2 lg baby mansurah bertambah.
$buat ibu,i miss u,thanx sbb memahami,to abah,syukranlillah,lebih membimbing utk ke hadapan,buat adik2 lain,thanx sbb merindui ku selalu,1 lgu utk kalian,"ku selalu merindui diri mu dan selalu..."
$buat ibu,i miss u,thanx sbb memahami,to abah,syukranlillah,lebih membimbing utk ke hadapan,buat adik2 lain,thanx sbb merindui ku selalu,1 lgu utk kalian,"ku selalu merindui diri mu dan selalu..."
No comments:
Post a Comment