Wednesday, 14 July 2010

senduduk yg comel..

Senduduk sejenis tumbuhan renek yang tumbuh liar di kawasan terbiar. Berasal dari keluarga Melastomaceae, tumbuhan ini yang dikenali sebagai keduduk atau akar keduduk hitam, bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Daun senduduk, yang kasar dibahagian bawah, merupakan penawar bagi wanita-wanita yang mengalami masalah akibat penyakit keputihan. Air rebusan daun senduduk juga berkesan untuk meredakan cirit-birit. Salah satu cara tradisional untuk menghilangkan parut-parut itu ialah dengan menggunakan daun dan akar senduduk. Kaedah itu juga berkesan untuk mengubati buasir. Satu lagi kegunaan senduduk, yang dikenali sebagai Melastoma Malabathricum Linn dari segi saintifik, ialah untuk melegakan sakit gigi. Akarnya direbus dan airnya digunakan untuk berkumur. Air rebusan akar senduduk juga mujarab untuk dibuat mandi bagi melembutkan kaki serta membuang angin, sekali gus menyegarkan badan.

Daun Senduduk dapat merawat luka dan menghilangkan hanyir

Untuk menghilangkan rasa hanyir ikan keli atau ikan-ikan air tawar sila gunakan pucuk-pucuk atau daun senduduk. Daun-daun tersebut diramas-ramaskan bersama potongan ikan yang telah disiang atau dibersihkan. Gunakan bekas yang telah disiskan sedikit air dan bubuh potongan ikan tersebut dan masukkan sejumlah daun-daun atau pucuk-pucuk senduduk dan ramas-ramas bersama potongan ikan sehingga lendir-lendir ikan dapat di keluarkan. Bilas potongan ikan tersebut dan kita akan dapati potongan ikan menjadi besih dan tidak berbau.

Sewaktu berkerja dikebun kadanng-kadang kita mengalami kemalangan seperti luka yang disebabkan alat-alat seperti pisau atau parang. Jika luka tidak begitu parah (kecil)sapukan atau tutup luka tersebut dengan daun atau pucuk muda senduduk yang telah dikunyah dan menjadi lembut serta basah bersama air liur. Inshaallah darah akan berhenti.

Selain itu, kunyahan pucuk muda senduduk ini juga dapat menahan kesakitan yang disebabkab oleh sengatan ikan keli apabila ianya dilumurkan keatas tempat yang disengat.

Ubat Luka Akibat Bersalin- Daun Senduduk.

Tumbuk daun senduduk tua yang berwarna merah. Kemudiannya air tapisan daun ini boleh diminum bagi menyembukan luka dalaman selepas bersalin.

sumber: p.O.kO.K senduduk

p/s:

  • sesungguhny stp nikmat itu ad hikmah yg tersembunyi..(kt la yg perlu mncari ny)
  • gunakn karunia tuhan dgn sebaikny..
  • pelajari la ilmu tuhan tanpa henti..(sbb manusia ni jahil dan pelupa)
  • luv senduduk(teringt kat abah,selalu certa pasal pokok ni dan kelebihan-kelebihan ny..skrg ni dpt lg byk kelebihan ny)

No comments: